ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 135. Sembahyang Jumaat.


Mana-mana lelaki yang berumur lima belas tahun atau lebih tidak menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Mukimnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima puluh ringgit atau penjara tidak lebih daripada tujuh hari:

Dengan syarat bahawa tidak menjadi kesalahan jika ketidak hadirannya itu boleh dimaafkan mengikut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.