ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Sebanyak mana Pernyataan dikehendaki dibuktikan



Seksyen 27. Apa keterangan dikehendaki diberi apabila pernyataan ialah sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas.

Apabila sesuatu pernyataan yang keterangan mengenainya ada diberi ialah sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terasing atau ada terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian siri surat atau kertas yang berhubung, maka keterangan hendaklah diberi mengenai hanya sekian banyak sahaja daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam kes tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah pernyataan itu dan juga tentang hal keadaan di mana pernyataan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.