ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN IV - PERATURAN AM
Seksyen 39. Sahnya pengadilan, hukuman dan perintah.
Mana-mana hukuman yang dijatuhkan, pengadilan yang dilakukan, perintah yang dibuat atau tindakan yang dilakukan sebelum berkuatkuasa undang-undang ini oleh mana-mana Mahkamah Kadi termasuk mana-mana perintah yang dibuat dengan merujuk kepada mana-mana hukuman, pengadilan, perintah atau tindakan oleh penguasa yang mendengar rayuan hendaklah dikira sah dan di dalam bidangkuasa Mahkamah-mahkamah itu atau penguasa yang mendengar rayuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.