ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 167. Keterangan tambahan.

(1) Di dalam mengendalikan mana-mana rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan keterangan tambahan adalah perlu, sama ada mengambil keterangan tersebut sendiri atau mengarahkan keterangan itu diambil oleh Mahkamah yang membicarakan.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah yang membicarakan, ia hendaklah memperakukan keterangan itu, dengan pernyataan pendapatnya mengenai kes itu dengan mengambil kira keterangan tambahan tersebut, kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah sesudah itu meneruskan penyelesaian rayuan itu.

(3) Pihak-pihak dalam rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4) Di dalam mengendalikan mana-mana rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkan perlu, mendapatkan dan menerima daripada Mahkamah yang membicarakan, satu laporan mengenai apa-apa perkara yang bersangkutan dengan perbicaraan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.