ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KEWANGAN



Seksyen 76. Perbelanjaan-perbelanjaan Majlis.

(1) Semua kos, pembayaran dan belanja mentadbir harta dan aset yang terletakhak kepada Majlis, termasuk perbelanjaan menyelenggara dan membaiki mana-mana harta takalih, gaji-gaji dan elaun-elaun bagi semua pekerja Majlis, dan fee dan elaun kepada mana-mana pegawai, atau ahli Majlis, jawatankuasa Majlis di atas perkhidmatannya, hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am.

(2) Mana-mana perbelanjaan bagi maksud mengelolakan harta-harta yang dipegang sebagai amanah yang bukan Kumpulan Wang Pentadbiran Am, bolehlah didapati balik daripada harta-harta amanah berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.