ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 9 - MEMPASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 119. Bila saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi selesai memberi keterangan Hakim bolehlah menyoalnya, bagi mempastikan kebenaran keterangan saksi tersebut.

Huraian-Jika ia berkata mana-mana saksi tidak bercakap benar atau mana-mana saksi itu adil tetapi saksi tersebut telah melakukan kesalahan dalam keteranganya atau saksi itu lupa fakta atau, katanya saksi itu adil tetapi ia menafikan dakwaan tersebut, Hakim tidak boleh memberi keputusan, kecuali terlebih dahulu mempastikan saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.