ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN



Seksyen 69. Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab hubungan dengan kesalahan lain

Apabila sesuatu perbuatan menjadi kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau boleh menjadi kesalahan jika pelaku itu berupaya melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang dalam had tempatan bidang kuasa tempatannya mana-mana satu perbuatan itu telah dilakukan.

Misalan—Suatu pertuduhan pensubahatan boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang dalam had tempatan bidang kuasanya pensubahatan itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah yang dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.