ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi
Seksyen 106. Penyingkiran keterangan bagi menyangkal jawapan kepada soalan menguji kebenaran.
Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab sesuatu soalan yang relevan dengan siasatan itu kecuali, setakat yang boleh melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada apa-apa keterangan boleh diberi bagi menyangkalnya; tetapi jika dia menjawab dengan palsu, maka dia kemudiannya boleh dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.
Kekecualian 1
-Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberi mengenai sabitannya yang dahulu itu.
Kekecualian 2
-Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia bolehlah disangkal.
MISALAN
(a)
Seorang saksi ditanya sama ada dia tidak dibuang kerja kerana kecurangan. Dia menafikannya.
Keterangan diberi menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.
Keterangan itu tidak boleh diterima.
(b) A
mengesahkan bahawa pada satu hari tertentu dia telah melihat
B
di Melaka.
A
ditanya sama ada dia tidak berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia menafikannya.
Keterangan diberi bagi menunjukkan bahawa
A
berada di Pulau Pinang pada hari itu.
Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal
A
atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa
B
telah kelihatan di Melaka pada hari dipersoalkan itu.
(c) A
ditanya sama ada dia tidak berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap
B
. Dia menafikannya.
Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu boleh mencabar kesaksamaannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.