ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 101. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selamalamanya, diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Melaka dan bagi maksud melaksanakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Melaka, diperlakukan
sebagai seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.