ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE JAWATANKUASA ULANG BICARA



Seksyen 139. Menggantungkan dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan.

Sesuatu rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah Kadi atau Pengerusi Jawatankuasa Ulang Bicara bolehlah menggantungkan mana-mana keputusan, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat-syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau perlaksanaan atau tidak terlaksananya dari mana-mana tindakan atau menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan, perintah, sabitan atau hukuman yang mana Mahkamah Kadi atau Pengerusi Jawatankuasa Ulang Bicara memandang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.