ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [
En. Tr. 12/86].

"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 8 (1) atau 9 (1);

"Hakim Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 7 (1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim yang dilantik di bawah subsekyen 6 (1);

"Mahkamah Syariah" atau "Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) atau 4 (2);

"Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (3);

"Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M [
En. Tr. ];

"Majlis terdahulu" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

"Negeri" ertinya mana-mana negeri di Malaysia, dan termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan;

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar dan mana-mana Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10;

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [
Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.