ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 54. Bayaran zakat dan fitrah.

(1) Seseorang yang ditaksir layak membayar zakat atau fitrah hendaklah segera menunaikannya dalam kawasan masing-masing menurut kadar yang ditetapkan.

(2) Bayaran zakat atau fitrah yang kena dibayar kepada Majlis hendaklah dilakukan dengan wang yang bersamaan dengan nilai zakat atau fitrah yang diwajibkan pada tahun yang berkenaan, melainkan jika Majlis memerintahkan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.