ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Dokumen Awam
Seksyen 57. Dokumen awam.
Dokumen yang berikut adalah dokumen awam-
(
a
) dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan rasmi dan badan tribunal; dan
(iii) pegawai awam dari bahagian perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau bagi mana-mana Negeri di dalam Persekutuan atau negara di luar Malaysia; dan
(
b
) rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.