ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVI
Darihal Salah Aturan dalam Perbicaraan



Seksyen 204. Salah tempat prosiding dan lain-lain.

Tiada sesuatu keputusan, hukuman atau perintah oleh mana-mana Mahkamah Syariah akan diketepikan hanya atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain di mana ianya didapati diluluskan atau dibuat, telah berlaku di dalam kawasan tempatan yang salah atau dihadapkan ke Mahkamah yang salah, kecuali kesalahan itu menimbulkan ketidakadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.