ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 92. Orang yang dituduh atas suatu kesalahan boleh disabitkan atas percubaan.

Jika orang yang dituduh telah dipertuduhkan dengan sesuatu kesalahan dan didapati daripada keterangan bahawa dia telah cuba melakukan kesalahan, dia boleh disabitkan dengan kesalahan cuba melakukan kesalahan itu, walaupun percubaan itu tidak dipertuduhkan secara berasingan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.