ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 72. Melacurkan isteri dan anak.

(1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau dengan sengaja membenarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak melebihi enam kali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak melebihi enam kali.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.