ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 90. Pemindahan prosiding ke Mahkamah lain.

(1) Jika Hakim mana-mana Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa prosiding dalam Mahkamah itu boleh dengan lebih senang atau berpatutan dibicarakan di suatu Mahkamah lain, dia boleh memerintahkan supaya prosiding itu dipindahkan ke Mahkamah itu.

(2) Pemindahan mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1) boleh dibuat oleh Hakim atas usulnya sendiri, atau atas permohonan mana-mana pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.