ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIV - SHURAKAK (INTERPLEADER)



Seksyen 189. Aturcara.

(1) Sesuatu permohonan untuk shurakak hendaklah dalam Borang 31.

(2) Jika pemohon telah dituntut, permohonan itu hendaklah dibuat dalam tempoh lima hari selepas penyampaian saman.

(3) Suatu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang (termasuk mana-mana plaintif dalam tindakan terhadap pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai orang yang menuntut.

(4) Tiap-tiap plaintif yang telah disampaikan saman, kecuali plaintif dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum perbicaraan memfail satu notis bahawa ia tidak membuat apa-apa tuntutan atau memberi butir-butir tuntutannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.