ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 27. Penjawat awam dan perlindungan Pihak Berkuasa Awam.


Pendaftar, Nazir dan pegawai atau kakitangan Majlis yang secara sah menjalankan kuasa di bawah Enakmen ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam bagi maksud Kanun Keseksaan
[Bab 45]; dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai terhadap apa-apa guaman, tindakan, dakwaan atau prosiding yang berbangkit daripadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.