ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 70. Permohonan lisan.

(1) Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam borang yang ditetapkan dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Dalam hal yang demikian permohonan itu hendaklah direkodkan oleh Mahkamah dan difail.

(2) Mahkamah boleh mengarah supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.