ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syara' terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.