ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 46. Memujuk lari orang perempuan.

Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.