ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 8. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang.


Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan malang, dan dengan tiada apa-apa niat atau pengetahuan jenayah, pada menjalankan suatu perbuatan yang sah di sisi undang-undang, secara yang sah di sisi undang-undang, dengan jalan yang sah di sisi undang-undang, dan dengan hemat dan cermat yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.