ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 3 - FAKTA YANGTIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta yang mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut---
(2) Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

(3) Jika mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan kehakiman mengenai sesuatu fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan sesuatu buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.