ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 21. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh kerana ugutan.

Kecuali kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman bunuh, tiadalah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh ugutan yang tatkala melakukannya, munasabah menyebabkan ketakutan bahawa jika ia tidak dilakukannya, akibatnya ia akan mendapat kematian sertamerta:

Dengan syarat bahawa orang yang melakukan perbuatan itu tidak meletakkan dirinya dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu, sama ada dengan kemahuannya sendiri, atau oleh kerana suatu ketakutan yang munasabah akan apa-apa kerosakan kepada dirinya selain dari kematian sertamerta.

Huraian 1
-Seseorang yang masuki kumpulan yang menganuti ajaran salah dengan mengetahui pegangan mereka, dengan kemahuannya sendiri, atau oleh sebab ugutan akan dipukul, tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan yang ia telah dipaksa oleh kumpulan tersebut yang ia sekutui melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Huraian 2
-Seseorang yang ditangkap oleh kumpulan pelampau agama, dan dipaksa dengan ugutan kematian sertamerta supaya melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang - umpamanya membakar masjid - adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.