ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 207. Pegawai agama mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada seseorang.

Seseorang pegawai agama, yang dengan mengetahuinya mengingkari sesuatu arahan undang-undang tentang cara bagaimana ia seharusnya menjalankan pekerjaannya sebagai pegawai agama itu, dengan maksud hendak menyebabkan atau dengan ketahui mungkin bahawa ia akan dengan keingkaran itu, menyebabkan bencana kepada seseorang adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.