ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 51. Perceraian dengan li'an
(1) Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara
li'an
mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan
li'an
itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.