ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 193. Ketakhadiran pihak-pihak.

(1) Jika mana-mana pihak dalam suatu permohonan gagal hadir pada hari pendengaran permohonannya, Mahkamah boleh membatalkan permohonan itu.

(2) Jika mana-mana pihak dalam suatu permohonan gagal untuk hadir di pendengaran pertama atau mana-mana pendengaran sambungannya, dan Mahkamah berpendapat adalah suaimanfaat diteruskan pendengaran itu tanpa kehadiran mana-mana pihak, Mahkamah bolehlah berbuat demikian.

(3) Sebelum meneruskan pendengaran tanpa kehadiran mana-mana pihak, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan itu atau notis tentang masa yang ditetapkan bagi pendengaran sambungan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak itu.

(4) Jika permohonan telah dibatalkan tanpa pendengaran oleh sebab pemohon gagal hadir, Mahkamah boleh jika berpuas hati bahawa adalah adil berbuat demikian, membenarkan permohonan itu dihidupkan semula.

(5) Jika Mahkamah yang mendengar permohonan meneruskan pendengaran tanpa kehadiran suatu pihak, maka, dengan syarat bahawa mana-mana perintah yang dibuat di pendengaran itu belum lagi disempurnakan, Mahkamah, jika berpuas hati adalah adil berbuat demikian boleh mendengar semula permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.