ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 246. Kehadiran diri.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh dengan alasan yang cukup memerintah kehadiran diri mana-mana pihak kepada mana-mana prosiding pada bila-bila masa, kecuali jika pihak itu berada di luar Sabah, dan kegagalan mematuhi perintah ini dengan sengaja adalah suatu penghinaan Mahkamah dan tanpa menghiraukan kehadiran mana-mana Peguam Syarie atau agen bagi pihak itu Mahkamah bolehlah meneruskan perbicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.