ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991


JADUAL PERTAMA - Borang 23

BORANG 23
(Seksyen 166)

WARAN TANGKAP
(Kepala Am)

Kepada Bailif

Bahawa Saman Penghakiman telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini maka penghutang penghakiman yang tersebut di atas adalah dikehendaki hadir pada ...................... haribulan ............ 19 ......... untuk diperiksa secara lisan berkenaan dengan kemampuannya membayar atau menjelaskan tuntutan plaintif dalam tindakan ini:

DAN BAHAWA Saman Penghakiman tersebut telah disampaikan sendiri kepada ...............................

DAN BAHAWA ............................................. telah gagal untuk hadir pada .......... haribulan ........... 19 ..................., (pembayaran kepada Saman Penghakiman tersebut) kamu adalah dengan ini diarah menangkap .................... tersebut dan membawanya dengan segera ke hadapan Mahkamah dan jika Mahkamah tidak bersidang untuk menyerahkannya kepada Penguasa Penjara Sivil maka hendaklah ditahan sehingga Mahkamah bersidang semula di mana kamu dikehendaki membawanya dengan segera ke hadapan Mahkamah.

Dan kamu adalah dengan ini seterusnya dikehendaki dengan segera, selepas pelaksanaan waran ini untuk mengembalikannya ke dalam Mahkamah dengan tempat, masa dan cara pelaksanaan yang diendorskan ke atasnya.

Bertarikh pada....................haribulan.....................19....




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.