ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Perceraian di bawah ta’liq atau janji.

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang sedemikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu siasatan mengenai sahnya perceraian itu dan hendaklah, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.