ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 171. Acara alternatif.

Jika Mahkamah, dalam mana-mana kes berpendapat bahawa seseorang yang dituduh dengan mana-mana kesalahan yang disebut di dalam seksyen 169 dan yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya lebih baik diuruskan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah, selepas merekodkan fakta yang merupakan kesalahan itu dan pernyataan tertuduh, boleh mengarahkan supaya tertuduh itu didakwa dan boleh meminta jaminan untuk kehadiran tertuduh itu di hadapan Hakim atau, jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar orang itu kepada Hakim lain untuk dibicarakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.