ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 54. Penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.

Mana-mana orang yang mencetak, menerbit atau membahagi untuk jualan atau dengan jalan yang lain, atau sesiapa yang ada dalam possessi sesuatu buku, risalah atau dokumen yang memberi atau dimaksudkan memberi pengajaran atau mana-mana fatwa mengenai apa-apa perkara Hukum Syarak, jika buku atau dokumen itu mengandungi sesuatu perkara yang berlawanan atau bersalahan kepada qaul-qaul Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki atau Hambali atau kepada sesuatu fatwa yang sah dikeluarkan oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991[En. 1/1991.] adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan segala buku, risalah, dokumen atau alat-alat percetakan, penerbitan, penjualan dan tiap-tiap perkara yang mengenainya itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa buku, risalah, dokumen atau penerbitan tersebut telah diharamkan percetakan, penerbitan atau pengedarannya untuk jualan atau pemilikannya oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.