ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 58. Mengacau.

Seseorang lelaki yang di tempat awam mengacau seorang perempuan, atau sebaliknya, dengan suatu perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah perempuan atau lelaki itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.