ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 160. Prosedur di mana Perayu di dalam penjara.

(1) Jika perayu berada di dalam penjara dia hendaklah dianggap telah memenuhi keperluan seksyen 157 dan 159 jika dia memberi kepada pegawai penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam petisyen rayuan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen-seksyen yang berkenaan.

(2) Pegawai penjara berkenaan hendaklah dengan segera mengemukakan notis dan petisyen berkenaan atau yang berupanya kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di tempat di mana keputusan yang dirayukan diberi.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.