ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTIKAN
Seksyen 80. Beban membuktikan seseorang yang khabarnya mengenainya tidak didengar selama 4 tahun masih hidup.
Apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup berpindah kepada orang yang menegaskannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.