ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 142. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948[Akta 198] hendaklah terpakai pada mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau terhadap mana-mana ahli, pegawai, kakitangan dan wakil-wakil Majlis mengenai apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.