ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 23. Rekod.

(1) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan dan menyelenggarakan rekod yang lengkap dan betul berkenaan dengan segala tindakan atau perbicaraan di hadapannya, akaun yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah dan mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Semua alasan-alasan keputusan dan rujukan hendaklah direkodkan di dalam rekod-rekod keputusan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.