ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 217. Penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

(1) Apabila keputusan itu menyatakan bahawa orang yang dituduh itu telah melakukan perbuatan yang dikatakan itu, Mahkamah di mana perbicaraan itu diadakan hendaklah, jika perbuatan itu akan tetapi oleh kerana ketidakupayaan yang diputuskan menjadi suatu kesalahan, memerintahkan orang itu disimpan dalam jagaan selamat di tempat dan dalam keadaan yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan hendaklah melaporkan kes itu untuk perintah Yang di-Pertuan Besar.

(2) Yang di-Pertuan Besar boleh memerintahkan orang itu ditahan dalam hospital mental untuk tempoh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.