ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 139. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila perayu telah memenuhi peruntukan seksyen 138, Mahkamah yang dirayu itu hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada pihak perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan rekod prosiding yang bertandatangan dan alasan-alasan keputusan bersama dengan suatu salinan notis dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.