ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB I - Permulaan



Seksyen 3. Tafsiran.

Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-


"baligh" ialah seorang yang telah cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dibuktikan" sesuatu nyataan adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya bahawa nyataan itu wujud atau berpendapat bahawa wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin sehingga menyebabkan seseorang yang waras, dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya" sesuatu nyataan adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya bahawa nyataan itu tidak wujud atau berpendapat bahawa tidak wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin sehingga menyebabkan seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu, seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah tidak wujud;

"dokumen" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau sesuatu atau lebih daripada satu cara yang bertujuan digunakan atau yang boleh digunakan untuk merekodkan perkara itu;

MISALAN


"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"keterangan" adalah termasuk-


"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/91.];

"nyataan" ertinya dan termasuklah-


MISALAN
"nyataan yang menjadi soal" ertinya mana-mana nyataan yang darinya sama ada dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain nyataan, wujudnya atau tidak wujudnya, jenis atau luasnya apa-apa hak, atau tanggungan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding, semestinya ternyata;
MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.