ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI YANG BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

Mana-mana orang yang bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini dengan sengaja membuat apa-apa iqrar atau pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.