ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
BAB II - PERKAHWINAN
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah.
Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran bertulis berkahwin telah diberi-
(a)
oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syar'i di bawah seksyen 18 jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Johor; atau
(b)
oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.