ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Diri dan Harta



Seksyen 90. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.

Seseorang ibu, sama ada seorang Islam atau seorang Kitabiyah, boleh dilantik dengan sah menjadi wasi bagi bapa, dan dalam hal yang demikian ibu itu boleh menjalankan kuasa-kuasanya sebagai penjaga melalui wasiat atau, jika tidak ada seorang penjaga di sisi undang-undang, dia boleh dilantik sebagai penjaga di sisi undang-undang oleh Mahkamah, tetapi jika dia tidak dilantik sebagai sedemikian maka dia tidak boleh membuat apa-apa urusan mengenai harta kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.