ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 73. Melarikan isteri atau anak dara orang lain.


Sesiapa yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri atau anak dara orang lain meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya atau ibu bapanya adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan isteri atau anak dara itu kembali kepada suaminya atau ibu bapanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.