ENAKMEN 5 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 109. Soalan yang cederung menyokong keterangan mengenai fakta relevan yang boleh diterima.

Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang mengenainya dia memberikan keterangan.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.