ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 105. Pendakwaan bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat perbicaraan di hadapan sebuah Mahkamah Kadi, sebelum diberikan keputusan, pegawai yang menjalankan pendakwaan bolehlah, jika difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tiada bercadang untuk mendakwa lebih lanjut lagi orang yang dituduh itu terhadap pertuduhan itu, dan oleh yang demikian semua perbicaraan di atas pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu bolehlah diberhentikan atas kebenaran dari Mahkamah, dan jika telah diberhentikan, orang yang dituduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan daripada pertuduhan itu tidaklah bererti pembebasan, kecuali jika Mahkamah mengarahkan demikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.