ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Anggapan mati.

(1) Jika suami seseorang perempuan telah mati, dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, Mahkamah boleh, atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan Mahkamah boleh atas permohonan perempuan itu membubarkan (fasakh) perkahwinan itu mengikut Seksyen 52.

(2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah sub-seksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.