ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 53. Penyelesaian nafkah.

Suatu perjanjian untuk membayar dengan wang atau lain-lain harta, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, atau diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat, oleh Mahkamah dan apabila diluluskan perjanjian itu, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.