ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 76. Kuasa Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.

Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang berkepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau pada bila-bila masa membatalkan, mana-mana perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.